Wednesday 8 November 2017

Falsafah Pengajaran

Falsafah Pengajaran

Kali ini saya akan membincangkan tentang falsafah pendidikan. Saya percaya semua guru mempunyai falsafahnya tersendiri. Falsafah saya dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada prinsip, kaedah dan panduan.

Perkataan guru itu sendiri mengambarkan bahawa tugas utama adalah mengajar. Untuk menjadi guru yang baik kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab, amanah dan ikhlas dalam menyampaikan pengajarannya. Oleh itu, saya mesti menguasai subjek yang saya ajar supaya pelajar saya mendapat ilmu yang releven. 

 Untuk pengetahuan umum saya merupakan seorang guru pendidikan khas. Tidak kira di mana kita mengajar, siapa anak murid kita sebagai pendidik kita seharusnya memberi pendidikan yang adil dan saksama. Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai kemampuan dan kebolehan yang berbeza dan bersifat unik antara satu sama lain.

Selain itu, saya perlu menjadi seorang guru yang kreatif. Kreatif di sini bermaksud menarik dari segi kaedah pengajaran, ABM yang menarik, berwarna warni dan turut menggunakan pelbagai jenis medium pengajaran. Di mana guru tidak hanya menggunakan kertas dan pensil sahaja sebaliknya menggunakan interaktif dan memberi peluang untuk murid-murid meneroka sendiri untuk mencari jawapan. Saya juga mengamalkan pembelajaran berpusatkan pelajar. Saya memberi peluang untuk murid-murid bercakap, menyuarakan pendapat, berkongsi perasaan dan pengalaman mereka. Di sini bermaksud saya tidak menyekat peluang mereka untuk menyuarakan pendapat masing-masing. 

Selain itu, saya akan menyediakan persekitaran yang bersih dan kondusif kepada pelajar. Persekitaran yang bersih dan selamat dapat memberi keselesaan kepada pelajar dan dapat memberi motivasi kepada mereka. 

Kesimpulannya falsafah pengajaran amat penting kepada guru supaya dapat memberi pendidikan yang manfaat dan dapat merangsang perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial murid-murid.

Akhir kata guru akan berpuas hati dan merasa gembira seandainya dapat memberikan ilmu yang manfaat kepada setiap pelajarnya. Ini adalah kerana tugas seorang guru adalah belajar dan mengajar. 

Sekian terima kasih

Inshaallah kita akan berjumpa lagi..........





Blanded learning pendidikan khas

PEMBELAJARAN ABAD 21 https://drive.google.com/open?id=12NNdfjQV0u_9t0_kZ1ROnCv-obJ9Eb8Q 1.0 Pendahaluan Penga...